Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara TEMPOH SUKAR EKONOMI MALAYSIA SUDAH 'BERAKHIR'

TEMPOH SUKAR EKONOMI MALAYSIA SUDAH ‘BERAKHIR’

KUALA LUMPUR: Tempoh sukar dialami ekonomi Malaysia, yang mencatatkan penguncupan setinggi -17.1 peratus pada suku kedua 2020, dilihat sudah berakhir dan kini menuju ke arah pemulihan.

Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata, biarpun ekonomi negara terjejas dengan pelbagai kesan, namun beliau melihat terdapat sinar harapan untuk pemulihan.

Malah, katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri menyatakan terdapat pelbagai peningkatan berbentuk V dalam beberapa petunjuk utama ekonomi Malaysia.

“Kami melihat KDNK untuk suku ketiga masih lagi negatif, tetapi pada kadar lebih sederhana iaitu -4.0 peratus sebelum mencecah ke paras sifar peratus pada suku keempat ini,” katanya dalam satu nota mengulas prestasi ekonomi Malaysia.

Wellian berkata, penyusutan ketara ekonomi Malaysia itu adalah yang paling mendadak pernah dicatatkan setakat ini, malah lebih buruk berbanding jangkaan pihaknya dan pasaran.

Katanya, perincian menunjukkan pelbagai sektor terjejas termasuk yang paling penting, iaitu penggunaan swasta, menguncup 18.5 peratus tahun ke tahun, apabila pengguna berbelanja secara sederhana biarpun menerima bantuan tunai dan moratorium.

“Sebahagian besar ekonomi Malaysia terdiri daripada penggunaan swasta, yang mewakili 61.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama lalu.

“Ia menunjukkan apa saja yang terjadi pada bahagian ini akan mendatangkan kesan besar kepada ekonomi,” katanya.

Wellian berkata, sebelum data KDNK dikeluarkan, beliau meletakkan harapan agak tinggi yang kekukuhan penggunaan pada suku pertama lalu mampu bertahan dengan cabaran besar untuk dibawa ke suku kedua.

Malah, beliau menjangkakan bantuan rangsangan dari segi pemberian tunai oleh kerajaan dan penawaran moratorium selama enam bulan, mampu sekurang-kurangnya menampung impak ini.

“Namun, akhirnya ia menunjukkan bahawa kesan dramatik dua bulan berkurung di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta kadar pengangguran yang meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei lalu (sebelum menurun kepada 4.9 peratus pada Jun), mempunyai kesan yang lebih besar.

“Penggunaan swasta menguncup ketara 18.5 peratus tahun ke tahun dan melupuskan sama sekali 10.7 mata peratusan pertumbuhan KDNK untuk tempoh ini, berbanding jangkaan kami yang lebih sederhana iaitu antara 4.0 hingga 6.0 mata peratusan.

“Penyumbang lain kepada kejatuhan mendadak KDNK ini ialah sektor eksport, yang merosot -21.7 peratus tahun ke tahun sehingga mengurangkan keseluruhan pertumbuhan kepada hampir 14.0 mata peratusan,” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks