Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes MAJLIS KEMAKMURAN BUMIPUTERA PLATFORM PERKASA EKONOMI

MAJLIS KEMAKMURAN BUMIPUTERA PLATFORM PERKASA EKONOMI

KUALA LUMPUR: Bumiputera akan diberi lonjakan berganda menerusi pembentukan budaya keusahawanan di pelbagai peringkat untuk menjadikan golongan itu sebagai bangsa usahawan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia akan dilakukan melalui Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, budaya keusahawanan akan terus dipupuk secara bersepadu.

Beliau berkata, usaha itu akan dilaksanakan melalui peranan pelbagai agensi seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), MARA dan TEKUN Nasional (TEKUN) serta agensi mandat Bumiputera.

“Saya juga memutuskan supaya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menjadi agensi penyelaras utama pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.

“TERAJU akan menjadi penyelaras tunggal bagi pangkalan data Bumiputera merentas kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) yang bertanya mengenai langkah kerajaan meningkatkan ekonomi Bumiputera khususnya semakin ramai yang menganggur tanpa menyalahkan bangsa lain. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks