Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Hiburan Artis Gara2 watak ‘Nurul Ain’, Wafariena dihamun & diugut simbah asid

Gara2 watak ‘Nurul Ain’, Wafariena dihamun & diugut simbah asid

SEKALI lagi mencetuskan fenomena, drama bersiri keluaran Media Prima TV3, 7 Hari Mencintaiku 2 berjaya meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton setiap kali episod drama berkenaan disiarkan.

Watak antagonis Mak Leha dan Nurul Ain sering kali mencetuskan kemarahan dan perbalahan di media sosial gara-gara sifat mereka yang bikin geram dalam kalangan penonton sehingga menjadi tranding di Malaysia.

Dimaki hamun & diugut simbah asid

Watak Nurul Ain yang dibawa oleh Wafariena Roslan ,telah memberi impak yang besar kepada pelakon baru dalam industri lakonan di Malaysia.

Bahkan, menurut Wafariena disebabkan oleh watak berkenaan, dia pernah diugut untuk disimbah asid dan dimaki hamun.

Hanya disebabkan oleh watak Nurul Ain yang berjaya menyakiti hati penonton serta disifatkan perosak rumah tangga orang di dalam drama bersiri berkenaan.

Tanda lakonan menjadi…

Bagaimanapun, ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada pelakon baru kelahiran Pulau Pinang itu. Dia juga memaklumkan, seringkali menerima makian dan kejian daripada penonton menerusi akaun laman Instagram.

“Walaupun kena maki hamun, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya. Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.” Jelas pelakon berkenaan.

Namun, dia juga turut berhati-hati terutamanya apabila ada individu yang mengugut untuk menyimbah asid ke wajahnya.

Sumber: OMM, Berita Harian ( Serimah Mohd Sallehuddin)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks