Thursday, October 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman - Khairy Jamaluddin

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini, tegas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
Dalam temu bual dengan Astro AWANI baru-baru ini, beliau berkata, sebagai parti politik, UMNO sebaliknya harus menjadi benteng mempertahankan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.Ujarnya lagi, kritikan beberapa pemimpin parti secara terbuka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.
“Bagi saya, kalau UMNO kata ‘oh kita kecewa kerana keputusan itu tidak mengikut kehendak kita’, dan kita marah kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin). Itu adalah perkara yang sangat sangat… bagi saya… salah.

“Setahu saya sebagai (salah seorang) anggota pentadbiran, Perdana Menteri adalah seorang yang berintegriti dan tidak akan campur tangan dalam keputusan hakim. Jadi bagi saya UMNO tak boleh keluarkan kenyataan tersebut. Sebab seolah-olah nampak kita mengharapkan campur tangan,” katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa UMNO tidak akan menyertai sebarang usaha untuk menubuhkan Perikatan Nasional secara rasmi, satu jenama yang dibawa Muhyiddin selepas tertubuhnya kerajaan baharu menggantikan Pakatan Harapan pada Mac lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, UMNO sebaliknya akan terus menumpukan usaha mengukuhkan Muafakat Nasional, satu kerjasama politik rasmi antara parti itu dan PAS.

Beberapa pihak berpendapat, kenyataan itu adalah ekoran keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Najib.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau sudah lali menerima kritikan terhadap pandangannya yang sering disifatkan tidak selari dengan arus perdana.

“Saya dah biasa sangat dengan kritikan ini. Kritikan ini sejak saya bermula dalam politik, lepas tu lepas pilihan raya 2008, zaman Pak Lah, Budak Tingkat Empat, macam-macam kritikan yang saya telah terima sampai ke hari ini.

“Jadi bagi saya kritikan ini perkara yang biasa. Mungkin sebab saya suka buat pendirian yang berbeza daripada arus perdana. Itu mengundang kecaman, kritikan, tohmahan, fitnah macam-macam,” katanya lagi.

Namun, tegasnya lagi, penting bagi UMNO untuk memberi peluang kepada generasi seterusnya bagi mempelopori era baharu selain menunjukkan teladan kepada generasi akan datang.

Next generation maksud saya siapa? Sekarang ini generasi Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid (Hamidi). Mereka ini berada dalam usia 60-an. Jadithe next generation is those in the fifties. Mereka yang berada dalam generasi 50-an. Sebagai contoh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Mereka ini dalam usia 50-an.

“Dan mereka ini perlu disokong the next generation after that. Generasi 40-an seperti saya, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai contoh. Pemegang jawatan dalam kerajaan pada hari ini.

“Kalau kita melihat ada kumpulan seperti itu yang sudah bergerak ke hadapan bersama, sehaluan… ia mungkin dapat mengurangkan perpecahan dalam UMNO,” jelasnya lagi.

– Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘Mula-mula kata negatif, sekarang positif pula’ – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah...

Penyeludup masih degil, guna lorong tikus bawa masuk PATI

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan negara ini masih aktif, walaupun hampir setiap hari pasukan keselamatan membuat...

Lelaki dakwa ceroboh bilik kawalan CCTV kerana lapar dipenjara 14 hari

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Seorang lelaki yang mendakwa menceroboh bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Dayabumi kerana lapar, dijatuhi hukuman penjara...

Apandi tuntut ganti rugi disingkir sebagai peguam negara

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali sedang memulakan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC), berkata beliau diberhentikan secara tidak sah oleh pentadbiran Pakatan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks