Wednesday, September 30, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara UMNO harus 'move on', jangan nafikan mesej saya - Khairy Jamaluddin

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah, dedah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keadaan itu berbeza dengan pendapat sebahagian besar rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat parti itu terus bergerak ke hadapan.

Justeru, beliau kecewa kerana dikritik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO sendiri apabila lantang menyuarakan pandangan berkenaan.

“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.

“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah. Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, hari ini.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan Najib bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.Ahli Parlimen Pekan itu telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, namun Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga peringkat seterusnya di Mahkamah Rayuan.Susulan keputusan mahkamah itu, Khairy, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, telah memohon agar parti bergerak ke hadapan serta melakukan proses peremajaan parti sebelum dikritik atas alasan tidak memahami perjuangan parti.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau konsisten UMNO harus menyediakan kumpulan pimpinan yang baharu.

“(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga10 tahun akan datang. Itu maksud saya. Bukan saya biadab terhadap Datuk Seri Najib.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior, tiada siapa yang berani untuk tegur, atau perli beliau.

“Bukan hendak samakan saya dengan Tengku Razaleigh. Tetapi oleh kerana saya ialah KJ, nakal… semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang orang kuat Datuk Seri Najib, dan mereka telah tembak messenger (kill the messenger),” katanya.

Khairy menegaskan beliau tidak kisah dikecam, namun mesej yang beliau sampaikan itu tidak seharusnya dinafikan kepimpinan sedia ada.

– Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di...

UMNO, BN Tidak Puas Hati? Mana Ada – Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk...

Penyamun panik, cubaan merompak gagal

SUSPEK melarikan diri selepas cubaan samun gagal. (Gambar kanan) Rakaman cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah yang tular. FOTO...

PN, BN perlu cari titik pertemuan sebelum PRU-15

Seremban: Perlu ada perbincangan lebih awal di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan timbul kemelut seperti isu pelantikan Ketua Menteri...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks