Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Penguat kuasa di Perairan Johor Timur diugut sindiket

Penguat kuasa di Perairan Johor Timur diugut sindiket

“Laporan sudah dibuat semalam. Polis sudah mengenal pasti tiga lelaki berkenaan dan sedang menyiasat sama ada mereka anggota sindiket penyeludupan PATI atau pun penyeludupan rokok dan minuman keras.

“Kita sudah buka kertas siasatan kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut segera.

“Antara ugutan diberikan termasuk akan ada aksi tembak-menembak jika tindakan pemantauan dan pemeriksaan terus dijalankan ke atas bot-bot yang memasuki perairan Johor Timur.

“Perlu diingatkan ini bukan Colombia, tapi Malaysia dan Johor. Saya beri amaran polis tidak akan bertoleransi terhadap sebarang ugutan jenayah sebegini yang mahu menakut-nakutkan anggota penguat kuasa menjalankan tugas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Ditanya mengenai kebimbangan penduduk di kawasan Johor Timur terutama di sekitar Sungai Rengit dan Sungai Tiram, Kota Tinggi yang khuatir keselamatan terancam disebabkan kawasan itu dijadikan laluan tikus penyeludup PATI, Ayob Khan meminta mereka membuat laporan polis jika ada sebarang maklumat atau diugut.

Katanya, penduduk yang mempunyai maklumat atau pun diugut sindiket tidak perlu takut dan bimbang membuat laporan polis kerana mereka akan dilindungi pihak berkuasa.

“Terus buat laporan di balai berdekatan jika ada maklumat atau diugut sindiket. Jika tak mahu ke balai, maklumkan kepada akaun Facebook Polis Johor atau akaun Facebook saya malah boleh terus hubungi saya menerusi telefon.

“Memang ada penduduk atau orang kampung pun yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan namun masyarakat sudah mempunyai kesedaran dan banyak salurkan maklumat pada polis.

“Polis Johor tidak akan bertoleransi terhadap sindiket penyeludupan apa lagi jika membuat ugutan. Ini Johor,” katanya.

– BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks