Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dua letupan gegarkan kawasan pelabuhan Beirut, sekurang-kurangnya 78 maut

Dua letupan gegarkan kawasan pelabuhan Beirut, sekurang-kurangnya 78 maut

BEIRUT: Dua letupan besar menggegarkan Beirut pada Selasa (4 Ogos), menyebabkan puluhan orang terbunuh dan cedera, serta menggoncangkan bangunan dan menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara Beirut.

Rakaman video letupan kedua menunjukkan bebola api gergasi berwarna jingga yang menyelubungi bangunan-bangunan berdekatan dan mencetuskan kesan gelombang kejut seakan-akan puting beliung menyebabkan kemusnahan di kawasan bandar itu.

Angkah korban telah meningkat kepada 78 dan hampir 4,000 cedera, menurut menteri kesihatan Lubnan Hamad Hasan kepada Reuters.

Ratusan orang yang cedera dalam letupan di pelabuhan Beirut itu dibawa ke hospital namun ramai penduduk masih terperangkap di dalarm rumah yang musnah akibat letupan itu, kata ketua Pasukan Palang Merah Lubnan.

 

Stesen penyiar Lebanon LBCI menukil Hospital Hotel Dieu di Beirut sebagai menyatakan bahawa ia sedang merawat lebih daripada 500 orang yang mengalami kecederaan dan tidak berupaya menerima lebih ramai pesakit. Puluhan orang memerlukan pembedahan, menurut hospital itu sambil merayu bagi pendermaan darah.

Ketua keselamatan dalam negeri Lubnan Abbas Ibrahim kemudian berkata satu letupan besar di kawasan pelabuhan Beirut berlaku dalam satu bahagian yang menyimpan bahan-bahan mudah meletup, dan bukan bahan letupan seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita negara rasmi NNA.

Letupan besar yang berlaku di kawasan pelabuhan Beirut dapat dirasakan di sebahagian besar bandar itu dan beberapa daerah terputus bekalan elektrik.

Presiden Lubnan Michel Aoun berkata keadaan darurat harus diisytiharkan di Beirut selama dua minggu dan mengadakan satu mesyuarat kabinet tergempar pada Rabu (5 Ogos).

Encik Aoun dalam kenyataan yang diterbitkan di akaun rasmi Twitter pejabat Presiden menyifatkan 2,750 tan bahan ammonium nitrat yang disimpan dalam sebuah gudang selama enam tahun tanpa langkah keselamatan sebagai perkara yang “tidak boleh diterima” dan berikrar bahawa mereka yang bertanggungjawab akan menghadapi “hukuman paling tegas”.

Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab mengisytiharkan hari berkabung pada Rabu (5 Ogos) dan berkata mereka yang bertanggungjawab akan menanggung padahnya.

– Reuters/Beritamediacorp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks