Friday, October 23, 2020
No menu items!
Home Gaya Hidup COVID-19: Kunjungi kelab malam, pantai punca peningkatan kes dalam kalangan remaja

COVID-19: Kunjungi kelab malam, pantai punca peningkatan kes dalam kalangan remaja

GENEVA: Golongan muda yang mengunjungi kelab malam dan pantai antara faktor peningkatan kes baharu COVID-19 di seluruh dunia.

Berdasarkan analisis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ini kerana, kadar jangkitan dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 24 tahun meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga bulan.

“Analisis itu juga mendapati terdapat enam jangkitan antara 24 Februari dan 12 Julai direkodkan dalam senarai individu berusia 15 hingga 24 tahun meningkat daripada 4.5 peratus kepada 15 peratus.

“Selain itu, Amerika Syarikat yang mendahului jumlah global dengan 4.8 juta kes, negara-negara eropah termasuk Sepanyol, Jerman dan Perancis serta negara-negara asia seperti Jepun mengesahkan jangkitan terbaharu adalah daripada golongan muda,” katanya yang dipetik laporan Reuters pada Rabu.

Sementara itu, seorang pengurus jururawat di Hospital Johns Hopkins di Baltimore, Maryland berkata orang muda cenderung terkena jangkitan kerana kurang kesedaran terhadap amalan penjarakan fizikal.

Katanya, peningkatan kadar jangkitan dalam kalangan mereka berpunca daripada kecenderungan melawat ke kawasan awam seperti pantai, kelab malam, atau di kedai makanan.

“Lonjakan kes baharu yang dipanggil gelombang kedua mendorong beberapa negara melaksanakan semula sekatan perjalanan dan dalam masa sama ratusan syarikat perubatan berusaha mencari vaksin virus tersebut.

“Negara-negara lain seperti Vietnam yang dipuji kerana berjaya mengawal penularan wabak dilaporkan wujud semula dan kini berusaha memerangi jangkitan baharu itu,” katanya.

  • Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penjawat awam sorok dalam siling, elak ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak...

Pencemaran Sungai Selangor, 2 beranak antara 8 yang direman tujuh hari

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dan enam pekerja syarikat itu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran...

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Dat ni uk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan...

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu. Setiausaha...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks