Wednesday, September 30, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Sultan Johor: Pertingkat pemantauan bagi pastikan rakyat patuhi SOP pemakaian pelitup muka...

Sultan Johor: Pertingkat pemantauan bagi pastikan rakyat patuhi SOP pemakaian pelitup muka di tempat awam

DYMM Sultan Johor bertitah polis mempertingkatkan pemantauan bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka di tempat awam.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, pemakaian pelitup muka adalah penting bagi mencegah risiko jangkitan COVID-19.

“Sejak SOP ini dikuatkuasakan, saya melihat khususnya di Johor, polis sudah mula mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Rakyat tidak seharusnya memandang ringan pematuhan SOP ini, ketika kerajaan bersama jabatan serta agensi berkaitan bertungkus-lumus membendung penularan wabak COVID-19,” titah Baginda.

Baginda bertitah menegaskan dengan adanya pertambahan kluster-kluster baharu, maka rakyat perlu mengambil serius perkara ini.

Justeru, DYMM Sultan Johor bertitah pasukan polis pertingkatkan pemantauan di seluruh daerah di Johor bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP pemakaian pelitup muka di tempat awam.

– FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di...

UMNO, BN Tidak Puas Hati? Mana Ada – Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk...

Penyamun panik, cubaan merompak gagal

SUSPEK melarikan diri selepas cubaan samun gagal. (Gambar kanan) Rakaman cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah yang tular. FOTO...

PN, BN perlu cari titik pertemuan sebelum PRU-15

Seremban: Perlu ada perbincangan lebih awal di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan timbul kemelut seperti isu pelantikan Ketua Menteri...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks