Wednesday, September 30, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara ‘Kekasih Gelap’ dari Terengganu punca keretakan rumah tangga sehingga akibat pembunuhan

‘Kekasih Gelap’ dari Terengganu punca keretakan rumah tangga sehingga akibat pembunuhan

SEPANG: Seorang kekasih gelap berasal dari Terengganu menjadi punca keretakan rumah tangga, sehingga menyebabkan suaminya bertindak membunuh isteri yang juga merupakan pensyarah institusi pengajian tinggi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata susulan itu polis menahan seorang sukarelawan parti politik yang juga suami mangsa berusia 41 tahun.

“Polis turut mengenal pasti seorang wanita berasal dari Terengganu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan suspek bagi membantu siasatan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner, Zulkifli Adamshah dan Asisten Komisioner, Imran Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Katanya, Polis juga sudah mengambil keterangan daripada anak tunggal pasangan itu, remaja perempuan 14 tahun selepas majlis pengkebumian mangsa di Subang, Selangor pada 31 Julai lalu.

Rabu lalu, pensyarah Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman mati dijerut dengan kain tudung di dalam kereta.

Wan Kamarul Azran berkata, penahanan suspek dibuat berdasarkan destinasi tempahan e-panggilan yang dibuat suspek terus ke tempat kejadian.

Katanya, sekiranya suspek ingin mencari si mati mestilah ia dibuat di beberapa lokasi dan tidak terus menuju ke tempat mangsa dibunuh.

Sebelum ini suspek dilaporkan membuat laporan polis berhubung kehilangan isterinya itu sebelum keluar mencari mangsa bersama anak tunggal mereka menggunakan perkhidmatan kenderaan e-panggilan.

Sementara itu, Noor Azam berkata, polis sudah mengenal pasti motif utama pembunuhan itu namun pihaknya enggan mendedahkan perkara berkenaan.

Katanya, dengan penahanan suspek, kes berkenaan dianggap selesai dan disiasat di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di...

UMNO, BN Tidak Puas Hati? Mana Ada – Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk...

Penyamun panik, cubaan merompak gagal

SUSPEK melarikan diri selepas cubaan samun gagal. (Gambar kanan) Rakaman cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah yang tular. FOTO...

PN, BN perlu cari titik pertemuan sebelum PRU-15

Seremban: Perlu ada perbincangan lebih awal di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan timbul kemelut seperti isu pelantikan Ketua Menteri...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks