Wednesday, September 30, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Takut Disaman, Pakcik Sanggup Cari ‘Face Mask’ Dalam Timbunan Sampah

Takut Disaman, Pakcik Sanggup Cari ‘Face Mask’ Dalam Timbunan Sampah

mengetahui mulai 1 Ogos lalu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka atau topeng muka di tempat awam yang sesak dan ketika menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Malah, tindakan lebih tegas akan diambil dengan mengenakan denda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak diluar sana tidak mematuhi peraturan tersebut. Namun, apa yang lebih menyedihkan ada mereka diluar sana yang tidak mampu untuk membeli topeng muka.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen di laman Twitter sekeping foto seorang pakcik seolah sedang mencari sesuatu di dalam timbunan sampah. Netizen itu bertanyakan pakcik berkenaan apa yang sedang dilakukannya.

 Jawapan yang diberikan sangat meruntun jiwa apabila pakcik itu berkata sedang mencari topeng muka terpakai kerana bimbang akan disaman sekiranya tidak memakai topeng muka.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kasihan pada pakcik tersebut. Malah, ada yang mengatakan ramai mereka diluar sana berdepan situasi sukar dan tidak mampu untuk membeli topeng muka.

Kata netizen lagi, bagi mereka yang hidup susah duit yang ada hanya cukup untuk membeli makanan. Netizen turut memberi pendapat mereka dengan mengatakan orang yang senang sepatutnya memberikan topeng muka secara percuma pada golongan susah.

– Gula pop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di...

UMNO, BN Tidak Puas Hati? Mana Ada – Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk...

Penyamun panik, cubaan merompak gagal

SUSPEK melarikan diri selepas cubaan samun gagal. (Gambar kanan) Rakaman cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah yang tular. FOTO...

PN, BN perlu cari titik pertemuan sebelum PRU-15

Seremban: Perlu ada perbincangan lebih awal di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan timbul kemelut seperti isu pelantikan Ketua Menteri...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks