Minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelawak dan pengacara Shuk Sahardidakwa berlaku curang. Selepas beberapa hari berdiam diri, Shuk akhirnya muncul dengan video mesra bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Menerusi video tersebut, Shuk berkata dia akan memberikan kenyataan apabila sampai masa yang sesuai. Ujarnya lagi, hubungannya dengan isteri baik-baik sahaja meskipun sedang berdepan kontroversi.

“Saya nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha. Cuma nak beritahu, Shuk dan isteri Alhamdulillah tak ada apa-apa dan insya-Allah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap,” katanya.

Dalam video dikongsikan, Shuk ketika itu sedang berjalan bersama isterinya sambil ditemani beberapa lelaki di samping mereka.

Terdahulu, tular kisah yang mendakwa Shuk curang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

  • Rotikaya