Wednesday, September 30, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Gajah mengamuk pijak kereta

Gajah mengamuk pijak kereta

LIMA individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak gajah yang mengamuk selepas sebuah kereta lain membunyikan hon.

Kejadian menakutkan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, kira-kira jam 7 malam tadi.

Kenderaan itu dikatakan menghala ke Perak dari Kelantan dan kejadian berlaku tidak jauh dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

Seorang pemandu sebuah kenderaan yang juga datang dari arah Kelantan yang tidak dikenali mendakwa dia mendapat tahu cerita itu daripada seorang mangsa.

“Puncanya begini, semasa gajah di tengah jalan mereka memberhentikan kereta, tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon.

“Kereta belakang hon, gajah bangun mengamuk pijak bonet kereta mereka, lima orang dalam kereta itu nasib baik sempat keluar dan lari tinggalkan kereta,” katanya menerusi satu pesanan suara.

Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima mangsa terpaksa menumpang kenderaan lain berpatah balik dan berhenti di Hentian (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

Katanya lagi, isteri pemandu kenderaan terbabit menangis apabila diberitahu kereta mereka rosak dipijak gajah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, kakitangan sudah dihantar ke lokasi bagi melakukan siasatan lanjut dan pemantauan.

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di...

UMNO, BN Tidak Puas Hati? Mana Ada – Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk...

Penyamun panik, cubaan merompak gagal

SUSPEK melarikan diri selepas cubaan samun gagal. (Gambar kanan) Rakaman cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah yang tular. FOTO...

PN, BN perlu cari titik pertemuan sebelum PRU-15

Seremban: Perlu ada perbincangan lebih awal di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan timbul kemelut seperti isu pelantikan Ketua Menteri...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks