Wednesday, September 30, 2020
No menu items!
Home Hiburan Artis Legenda Bollywood Amitabh Bachchan sudah pulih; Abishek masih dirawat di hospital

Legenda Bollywood Amitabh Bachchan sudah pulih; Abishek masih dirawat di hospital

NEW DELHI: Bintang Bollywood Amitabh Bachchan sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 selepas menjalani rawatan selama tiga minggu.

Pelakon berusia 77 tahun itu dibenarkan keluar hospital di Mumbai semalam (2 Ogos) selepas diuji negatif virus tersebut.

Beliau bagaimanapun akan terus menjalani kuarantin di rumahnya.

Bagaimanapun, anaknya, Abishek Bachchan masih dirawat di hospital bagi jangkitan COVID-19.

Isteri dan anak perempuannya sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 pada minggu lalu.

“Saya sudah pulang ke rumah. Saya kini perlu mengasingkan diri dalam bilik saya,” tulis Amitabh Bachchan di Instagram semasa mengumumkan hasil ujiannya yang negatif.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, para peminat dan “jagaan dan rawatan sangat baik” di hospital, sambil berkata “merekalah yang memulihkan saya”.

Lebih 1.7 juta penduduk kini dijangkiti COVID-19 di India, menjadikannya antara jumlah tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat dan Brazil. Angka korban di negara Asia itu kini menjangkaui 37,000.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di...

UMNO, BN Tidak Puas Hati? Mana Ada – Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk...

Penyamun panik, cubaan merompak gagal

SUSPEK melarikan diri selepas cubaan samun gagal. (Gambar kanan) Rakaman cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah yang tular. FOTO...

PN, BN perlu cari titik pertemuan sebelum PRU-15

Seremban: Perlu ada perbincangan lebih awal di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan timbul kemelut seperti isu pelantikan Ketua Menteri...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks