Thursday, January 28, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara “Umi, kakak nak keluar kejap” ungkapan terakhir mangsa dirempuh pemandu mabuk

“Umi, kakak nak keluar kejap” ungkapan terakhir mangsa dirempuh pemandu mabuk

JASIN: Luluh hati seorang ibu apabila permintaan anak harapannya yang mahu keluar seketika ke kedai sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha rupa-rupanya ungkapan terakhir sebelum dia maut dalam kemalangan jalan raya.

Ibu kepada Siti Nur Syahira Yazid yang merupakan salah seorang mangsa kemalangan maut di Kilometer 5 Jalan Sialang, Tangkak, Johor, kelmarin, terkilan kerana tidak sempat berpesan kepada anaknya agar berhati-hati menunggang motosikal.

Salmi Mustafa, 52, berkata, anaknya keluar bersama anak saudaranya, Nur Syaza Nadihra Md. Selan yang turut terkorban dalam nahas itu untuk membeli barangan keperluan mereka di Bandar Tangkak sebelum terlibat dalam kejadian terbabit.

Ujarnya, dia ketika itu sedang sibuk menyiapkan juadah di dapur untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dengan ahli keluarga lain dan hanya mendengar anaknya memberitahu hendak keluar sekejap beberapa minit sebelum kejadian itu.

“Saya hanya dengar dia kata ‘Umi, kakak nak keluar kejap’ sebelum menaiki motosikal peninggalan arwah ayahnya. Saya terkilan kerana tak sempat nak pesan hati-hati kerana itulah pesanan yang selalu saya beritahunya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.24 petang di Kilometer 5 Jalan Sialang, Tangkak, Johor, Khamis lalu, penunggang, Siti Nur Syahira, 19, dan sepupunya, Nur Syaza Nadihra, 22, meninggal dunia di lokasi selepas tercampak kira-kira tiga meter.

Nahas yang hanya kira-kira satu kilometer dari rumah mereka yang berdekatan sempadan Melaka dan Johor itu dipercayai berlaku akibat dirempuh kereta disyaki dipandu lelaki mabuk.

Sementara itu, tambah Salmi, kedua-dua mereka diibaratkan seperti ‘kembar siam’ berikutan hubungan erat sesama mereka sejak kecil dan sering menghabiskan masa bersama sekiranya pulang bercuti.

Malah, Siti Nur Syahira yang juga pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bendahara dan Nur Syaza Nadihra, pelajar tahun akhir Politeknik Merlimau juga ada merancang untuk bersama-sama membuka perniagaan suatu hari nanti setelah kedua-dua mereka tamat belajar. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

ANGGOTA POLIS MARIN DIDAKWA DENGAN 101 TUDUHAN LAGI

IPOH: Anggota polis marin berpangkat koperal yang didakwa atas 43 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam, didakwa atas 101 lagi pertuduhan rasuah di...

BIAR SEKOLAH TENTUKAN PEMAKAIAN PPE – NUTP

KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu membuat keputusan sendiri sama ada pemakaian set pakaian pelindung diri (PPE) oleh guru perlu dilakukan pada masa ini atau...

3 GENG PECAH RUMAH HANYA ‘GEMBIRA’ SEKETIKA

  KULAI: Tindakan pantas pasukan polis negeri ini berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai melakukan jenayah pecah rumah dan samun dalam tempoh...

‘SETAHUN BERLALU…KAMI TETAP CEKAP BERJUANG LAWAN COVID-19’

PUTRAJAYA: Warga kerja di Kementerian Kesihatan (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak COVID-19 walaupun sudah setahun ia menular di negara ini. Menerusi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks