Wednesday, November 25, 2020
No menu items!
Home Uncategorized Tunku Ismail sudah kurus, mahu bina gimnasium rakyat

Tunku Ismail sudah kurus, mahu bina gimnasium rakyat

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat untuk membina sebuah pusat gimnasium khas untuk rakyat Johor.

Jelasnya, impian itu hadir selepas menyaksikan dirinya berjaya menurunkan berat badan hampir 22 kilogram (kg) selain mahu rakyat Johor mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Suatu hari saya akan buka gym (gimnasium) sendiri yang dibuka untuk orang awam dan anda semua dapat melakukan senaman. Saya juga akan promosi gaya hidup sihat dan juga pemakanan untuk bangsa Johor, itu agenda masa depan JDT,” katanya di akaun Instagram miliknya, semalam.

Mengulas mengenai penampilan barunya yang kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini, Tunku Ismail berkongsi rahsia dengan mengakui pengambilan pemakanan yang betul adalah kunci kejayaan.

“Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa supplement (makanan tambahan), selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan.

“Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil sahaja untuk turunkan 22kg. Selain, melakukan senaman tidak lebih satu jam.

“Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gym atau lari jarak yang jauh.

“Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa 1 minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan,” katanya yang kini berjaya menurunkan berat badan kepada 68kg.

Tunku Ismail turut berkongsi pengalaman rakannya yang meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat serangan jantung walaupun sering ke gimnasium dan mempunyai tubuh badan yang sasa.

“Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meninggal kerana serangan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat,” katanya.

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA

Padang Besar: Sindiket penyeludupan dipercayai menjadi dalang serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini,...

Trump hampir akui kekalahan

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hampir mengakui kekalahan dalam pilihan raya Presiden selepas agensi kerajaan yang bertanggungjawab melicinkan proses peralihan kuasa Joe Biden ke Rumah...

MENINGGAL SEBELUM SEMPAT JUMPA ISTERI, ANAK-ANAK

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang isteri yang terkandas lebih lapan bulan di Singapura untuk bertemu dengan suaminya di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal...

Jangan perlekeh kuasa 7.6 juta ahli aktif KWSP Artikel Penuh

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ahli Majlis Tertinggi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks