Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Muafakat Nasional mampu rampas kerusi bandar di Selangor

Muafakat Nasional mampu rampas kerusi bandar di Selangor

TANJONG KARANG – UMNO Selangor yakin kerjasama parti itu, Pas dan komponen Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar optimis kerusi bandar yang dimenangi PH sebelum ini mampu dirampas semula.

Katanya, kerjasama atas nama Muafakat Nasional di negeri itu juga mampu merampas beberapa kerusi yang didominasi PH sejak sekian lama.

“Saya yakin sekiranya semangat (Pilihan Raya Kecil DUN) Semenyih terus dibangkitkan, kita ada peluang untuk meraih kemenangan di kerusi bandar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri ibadah korban di Masjid Ar Rahmah, Batu 12 Sungai Burong di sini hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, Muafakat Nasional juga dapat menyelesaikan kira-kira 90 peratus agihan kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini bagi menghadapi PRU15.

“Kami hanya memberi cadangan sahaja dan pada dasarnya telah bersetuju dalam agihan kerusi tersebut.

“Bagaimanapun, keputusan (agihan kerusi) ini belum peringkat akhir lagi kerana ia akan diputuskan di peringkat Pusat,” katanya.

– Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini,...

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

  KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di...

Lebih 20,000 pendatang tanpa izin dihantar pulang tahun ini – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Sebanyak 20,297 pendatang tanpa izin yang ditahan di depot-depot imigresen di negara ini dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal Januari hingga 24...

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal...

Recent Comments