Tuesday, September 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Keluar masuk Singapura-Malaysia perlu kemuka notis kuarantin 7 hari

Keluar masuk Singapura-Malaysia perlu kemuka notis kuarantin 7 hari

SINGAPURA: Rakyat Malaysia dan penduduk tetap memegang pas kerja Singapura yang dibenarkan menggunakan kemudahan Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) perlu mengemukakan notis kuarantin di rumah selama tujuh hari, sebelum memasuki negara itu.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, antara lain mereka juga perlu menjalani saringan COVID-19.

Itu adalah antara peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperincikan dalam laman web rasmi Jabatan Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu hari ini.

Ia berikutan kesepakatan antara kedua-dua negara untuk pembukaan perjalanan rentas sempadan secara bersyarat mulai 10 Ogos depan.

Menerusi PCA, penduduk kedua-dua negara yang memegang pas imigresen jangka panjang dibenarkan merentas sempadan untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan

Bagaimanapun, mereka diwajibkan tinggal sekirang-kurangnya 90 hari sebelum pulang ke tanah air masing-masing untuk cuti jangka pendek.

Menurut laman web itu, individu di bawah pengaturan ini hanya dibenarkan melakukan pergerakan keluar masuk melalui dua pusat pemeriksaan darat iaitu Woodlands atau Tuas.

Antara lain, pemohonan PCA yang akan dibuka mulai tengah hari 10 Ogos depan perlu dikemukakan oleh majikan yang mewakili pekerja mereka sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh kemasukan.

Sementara itu bagi skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) untuk urusan perniagaan dan urusan rasmi pula dibenarkan untuk tinggal sehingga 14 hari.

ICA memberitahu, mereka perlu memohon pas SafeTravel dan perlu ditaja oleh syarikat atau agensi kerajaan yang berpangkalan di Singapura.

“Mereka yang memasuki Singapura menerusi skim PCA perlu mengemukakan notis kaurantin di hotel, servis apartmen atau rumah yang hanya diduduki seorang dan tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api ,” katanya.

Katanya, mereka hanya dibenarkan memulakan kerja selepas disahkan negatif COVID-19.

– Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Ratusan lagi pekerja AirAsia dijangka akan diberhentikan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang...

Bersatu jangan melampau, berpakat biar jujur – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Angka korban COVID-19 global jangkaui 1 juta

PARIS: Angka kematian global akibat pandemik COVID-19 yang mula dikesan di China kurang setahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia kini melepasi satu juta...

Tukar nama Jalan Raja Laut ke Jalan Palestin: Annuar minta DBKL beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan penjelasan berhubung keputusan pihak berkuasa tempatan itu menukar nama Jalan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks