Wednesday, November 25, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Politik Dr Asyraf sangkal kenyataan Takiyuddin, UMNO sudah nyatakan pendirian dalam dua siri...

Dr Asyraf sangkal kenyataan Takiyuddin, UMNO sudah nyatakan pendirian dalam dua siri mesyuarat induk Muafakat Nasional

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asuraf Wajdi Dasuki berkata pergerakan itu terpanggil untuk mengulas kenyataan Setiausaha Agong PAS YB Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS tidak maklum akan keputusan UMNO enggan menyertai Perikatan Nasional.

Ini kerana, katanya, dalam DUA Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), UMNO tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan Akar Umbi yang tidak mahu UMNO menyertai PN sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

“Hampir keseluruhan kepimpinan di semua peringkat mahu UMNO kekal Barisan Nasional (BN) dan terus memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam MN!,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.

Justeru, katanya, apa yang disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi UMNO.

Beliau berkata bahkan pendirian ini telahpun dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili UMNO dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi PAS.

“Namun sebagaimana yang ditegaskan, UMNO akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU-15.

“Kesepakatan juga dicapai dengan kepimpinan PAS untuk terus memperkukuhkan MN tanpa sekelumit perasaan untuk menggagalkan Kerajaan PN yang dibentuk bersama demi rakyat dan negara,” katanya. – Voice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA

Padang Besar: Sindiket penyeludupan dipercayai menjadi dalang serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini,...

Trump hampir akui kekalahan

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hampir mengakui kekalahan dalam pilihan raya Presiden selepas agensi kerajaan yang bertanggungjawab melicinkan proses peralihan kuasa Joe Biden ke Rumah...

MENINGGAL SEBELUM SEMPAT JUMPA ISTERI, ANAK-ANAK

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang isteri yang terkandas lebih lapan bulan di Singapura untuk bertemu dengan suaminya di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal...

Jangan perlekeh kuasa 7.6 juta ahli aktif KWSP Artikel Penuh

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ahli Majlis Tertinggi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks