Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Bung Moktar Umum Bertanding DUN Lamag

Bung Moktar Umum Bertanding DUN Lamag

2 OGOS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Kerusi baharu tersebut terlak dalam kawasan Parlimen Kinabatangan yang diwakili beliau sendiri.

“Saya turut mengisytiharkan bahawa timbalan saya di bahagian ini, Datuk Jefri Arifin akan bertanding di DUN Sukau dan saya selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi UMNO Sabah akan bertanding di kawasan Lamag.

“Selain itu, saya akan turun ke bahagian-bahagian untuk menjelajah bertemu semua ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi bagi menerangkan mengenai isu semasa khususnya yang berlaku di negeri ini,” katanya seperti dilaporkan UMNO Sabah Online.

Bung Moktar mengesahkan hasratnya untuk bertanding ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Bilit di Kinabatangan, kelmarin.

Beliau turut menyatakan bahawa UMNO Sabah akan memberi peluang kedua kepada rakyat di negeri ini untuk mengubah nasib mereka.

“Kita akan merangka manifesto kita, tawaran-tawaran untuk memajukan negeri sabah dan memberi penekanan kemajuan kepada rakyat Sabah itu sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Penguat kuasa di Perairan Johor Timur diugut sindiket

Seorang pegawai agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab memantau kemasukan bot di perairan Johor Timur menerima ugutan daripada sekumpulan lelaki yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan...

Ayah Adib: Mengapa tuduh seksyen lebih ringan?

Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mempersoalkan mengapa suspek kematian anggota bomba berkenaan dituduh dengan pertuduhan lebih ringan. Ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid...

COVID-19: Kunjungi kelab malam, pantai punca peningkatan kes dalam kalangan remaja

GENEVA: Golongan muda yang mengunjungi kelab malam dan pantai antara faktor peningkatan kes baharu COVID-19 di seluruh dunia. Berdasarkan analisis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ini...

Jumpa burung bersarang atas kereta, kerabat diraja ini hadang SUV agar ia tidak diganggu

KEBELAKANGAN ini kita sering dihidangkan dengan kisah kekejaman terhadap haiwan yang mengundang amarah dan rasa kecewa. Namun, apa yang berlaku di Dubai, Emiriah Arab Bersatu...

Recent Comments