Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Berang fail cerai, suami jerut leher isteri hingga mati

Berang fail cerai, suami jerut leher isteri hingga mati

TIDAK dapat menerima hakikat isterinya memfailkan perceraian menyebabkan seorang lelaki tergamak membunuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung sebelum mayatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, Khamis lalu.

Suspek berusia 41 tahun itu, turut berpura-pura mencari isterinya, 40, bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membunuhnya sebelum menghubungi Mers 999 mendakwa menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 1.04 pagi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek melakukan perbuatan itu di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang, sebelum membawa mangsa menggunakan kenderaan yang dipandunya menghala ke Tasik PKNS, Dengkil pada 4.30 petang Rabu lalu.

Menurutnya, dia kemudian menukarkan tempat mangsa ke tempat pemandu sebelum suspek mengambil dompet dan telefon simati serta meninggalkan isterinya dalam keadaan enjin dihidupkan.

“Dia (suspek) kemudian keluar bersama anak menaiki kenderaan e-hailing konon ingin mencari wanita itu yang tidak pulang ke rumah dari jam 4 petang Rabu lalu.

“Suspek mengatakan dirinya bersama dengan bantuan pemandu e-hailing dari rumah yang terletak di Putra Perdana sehingga menjumpai kereta yang dinaiki mangsa di tepi tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya dan kemudiannya hubungi pihak polis apabila mendapati isterinya tidak bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, pemeriksaan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian dapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa melainkan telefon bimbit dan beg duit yang tiada bersama dengannya tetapi gelang emas masih berada di pergelangan tangan kiri.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat dan hasil bedah siasat yang dijalankan pada Khamis lalu mendapati punca kematian adalah disebabkan jerutan di leher.

“Siasatan yang dijalankan ke atas suami mangsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana lelaki itu melafazkan cerai pada pada 24 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek menjerut leher wanita itu kerana terlalu marah selepas bertengkar berkaitan perceraian yang mahu difailkan mangsa.

“Suspek mengaku membunuh isterinya kerana marahkan mangsa yang tetap mahu bercerai dengannya.

“Mereka sudah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 14 tahun,” katanya.

Katanya, suspek direman sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini,...

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

  KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di...

Lebih 20,000 pendatang tanpa izin dihantar pulang tahun ini – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Sebanyak 20,297 pendatang tanpa izin yang ditahan di depot-depot imigresen di negara ini dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal Januari hingga 24...

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal...

Recent Comments