Wednesday, November 25, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Azmin abaikan pandangan Nur Jazlan

Azmin abaikan pandangan Nur Jazlan

PERMATANG PAUH – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memilih untuk mengabaikan kritikan kononnya beliau dan kumpulannya tidak akan memberi kekuatan kepada Muafakat Nasional.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed itu dilihat sebagai pandangan peribadi, malah beliau tetap optimis bahawa gabungan itu akan membuahkan hasil kerana ia dilakukan berdasarkan usaha dan niat baik.


“Kita harus mencari titik pertemuan kerana sekarang ini kita menghadapi cabaran getir. Bagi saya, kritikan itu hanya pandangan peribadi.

“Kita dapat mengatasinya jika bersikap terbuka dan bertoleransi untuk mencari kedamaian,” katanya kepada media ketika ditemui di Program Qurban Aidiladha 2020 di Yayasan An-Nahdhoh di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan, Datuk Mansor Othman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Terdahulu, Nur Jazlan mendakwa, Ahli Parlimen PKR yang kini menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan menambah kekuatan Muafakat Nasional untuk menghadapi pilihan raya.

“Kedudukan kumpulan pimpinan Mohamed Azmin hanya dilihat kuat pada masa ini kerana beliau memegang jawatan menteri dalam kerajaan namun bakal tergugat kelak,” katanya.

Nur Jazlan mengeluarkan kenyataan itu selepas Mohamed Azmin menunjukkan bahawa beliau dan kumpulannya sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan Muafakat Nasional.

– Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA

Padang Besar: Sindiket penyeludupan dipercayai menjadi dalang serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini,...

Trump hampir akui kekalahan

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hampir mengakui kekalahan dalam pilihan raya Presiden selepas agensi kerajaan yang bertanggungjawab melicinkan proses peralihan kuasa Joe Biden ke Rumah...

MENINGGAL SEBELUM SEMPAT JUMPA ISTERI, ANAK-ANAK

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang isteri yang terkandas lebih lapan bulan di Singapura untuk bertemu dengan suaminya di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal...

Jangan perlekeh kuasa 7.6 juta ahli aktif KWSP Artikel Penuh

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ahli Majlis Tertinggi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks