Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 28 ingkar SOP kuarantin di rumah dikenakan tindakan

28 ingkar SOP kuarantin di rumah dikenakan tindakan

PUTRAJAYA: Polis mengambil tindakan terhadap 28 individu semalam kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah yang diwajibkan terhadap mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan sebanyak 2,263 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Semalam, PDRM mengambil tindakan terhadap 28 individu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin di rumah yang ditetapkan.

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sejak kuarantin wajib di Stesen Kuarantin diperkenalkan semula pada 24 Julai lalu hingga semalam, seramai 4,286 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua ditempatkan di 16 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor.

Beliau berkata, mereka pulang dari 24 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea dan Australia.

– BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini,...

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

  KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di...

Lebih 20,000 pendatang tanpa izin dihantar pulang tahun ini – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Sebanyak 20,297 pendatang tanpa izin yang ditahan di depot-depot imigresen di negara ini dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal Januari hingga 24...

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal...

Recent Comments