Tuesday, September 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

SUNGAI PETANI: : Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Kelima-lima mereka yang berusia antara 16 sehingga 19 tahun diserahkan kepada pihak polis selepas ditahan bersama remaja perempuan terbabit oleh penduduk kampung, di Tikam Batu, di sini  minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa yang tinggal bersama neneknya dikatakan keluar bersama kawan lelakinya sebelum dibawa ke kawasan hutan berkenaan sekitar jam 11 malam.

Bapa remaja perempuan tersebut sebelum itu telah menelefon nenek mangsa bagi mengetahui keberadaan mangsa namun mangsa dikatakan telah keluar dari rumah tersebut.

Susulan itu, bapa mangsa bertindak untuk keluar mencari mangsa sekitar jam 11.30 malam dan mendapat tahu mengenai penahanan mangsa bersama lima lelaki di kawasan hutan berhampiran kampung mereka.

Jelas Adzli, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah keluar dari rumah neneknya secara senyap ketika datuk dan neneknya sudah tidur.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim bagi pemeriksaan lanjut.

Tegas beliau, kesemua suspek yang telah direman dari tarikh ditahan dijangka akan diberi jaminan oleh pihak polis hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol remaja bawah umur secara berkumpulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Ratusan lagi pekerja AirAsia dijangka akan diberhentikan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang...

Bersatu jangan melampau, berpakat biar jujur – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Angka korban COVID-19 global jangkaui 1 juta

PARIS: Angka kematian global akibat pandemik COVID-19 yang mula dikesan di China kurang setahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia kini melepasi satu juta...

Tukar nama Jalan Raja Laut ke Jalan Palestin: Annuar minta DBKL beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan penjelasan berhubung keputusan pihak berkuasa tempatan itu menukar nama Jalan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks