Wednesday, July 15, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi...

Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi kencingnya

Alangkah terkejutnya seorang pakar bedah apabila mendapati salah seorang pesakitnya sebenarnya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit untuk memuaskan nafsu seks.

Ini dilakukan dengan memasukkan kabel ke dalam zakarnya.

“Kejutan dalam pembedahan! Selepas 25 tahun pengalaman dalam pembedahan, saya masih terus dikejutkan dengan kejadian seperti ini yang mencabar kemahiran dan daya intelektual saya,” kata Dr Walliul dalam satu catatan di Facebook seperti ditukil oleh Malay Mail.

Dr Walliul menambah pesakit itu adalah seorang lelaki berusia 30 tahun dengan sejarah memasukkan “secara tidak sengaja” fon kepala serta wayar lain dan kemudian meminta bantuan daripada beliau dengan mengadu sakit perut.

“Saya membedahnya hanya untuk mendapati tiada apa-apa dalam saluran ususnya tetapi sebaliknya menemui wayar pengecas telefon bimbit di dalam pundi kencingnya. Anda semua pasti sedang meneka apakah pintu masuk dan laluannya.

“Ia dimasukkan melalui zakarnya ke ke dalam pundi kencing. Kesihatan mental beliau masih menjadi tanda tanya,” kongsi Dr Walliul.

Menurut Metro UK dan portal berita India, NewsMove, Dr Walliul juga berkata pesakit berkenaan pada awalnya diberi ubat julap selama dua hari dalam usaha untuk mengurangkan rasa sakit sebelum menjalani pembedahan.

Beliau menambah pesakit itu pada mulanya menipu para doktor dengan berulang kali mendakwa telah menelan wayar sepanjang 61 sentimeter itu melalui mulutnya sebelum imbasan menunjukkan sebaliknya.

“Beliau berulang kali memberitahu kami dia memakannya melalui mulutnya dan kami tidak pernah terbayangkan orang dewasa boleh menipu tentang perkara seumpama itu,” kata Dr Walliul.

Menurut doktor itu lagi, pesdakit tersebut mengaku sudah menjadi kebiasaan untuk memasukkan kabel atau benda-benda serupa yang lain ke dalam alat sulitnya untuk kepuasan seksual.

Catatan Dr Walliul mendapat perhatian umum online dengan ramai pengguna media sosial musykil bagaimana atau mengapa seorang pesakit berusia 30 tahun itu boleh melakukan perkara sedemikan.

Di samping meraih pujian daripada warga net tentang kemahiran beliau untuk mengeluarkan wayar pengecas itu dengan berjaya, segelintir daripada mereka sempat berjenaka sama ada ” kabel itu masih boleh digunakan”.

– Agensi berita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

SUNGAI PETANI: : Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia...

BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed hairan dengan mentaliti pemimpin Parti BERSATU yang disifatkannya sebagai `hilang akal’ apabila dikatakan mahu bertanding di sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen...

Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi kencingnya

Alangkah terkejutnya seorang pakar bedah apabila mendapati salah seorang pesakitnya sebenarnya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit untuk memuaskan nafsu seks. Ini dilakukan dengan memasukkan kabel...

Ribuan penduduk Beijing jalani ujian saringan

BEIJING: : Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh dua bulan. Pasar Xinfadi di bahagian...

Recent Comments