Tuesday, September 29, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed hairan dengan mentaliti pemimpin Parti BERSATU yang disifatkannya sebagai `hilang akal’ apabila dikatakan mahu bertanding di sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen yang mewakili separuh kerusi Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata, padahal peranan atau `nasib sebenar’ BERSATU adalah sebagai pelengkap sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen.

Pada masa sama, kata beliau, masyarakat maklum bahawa parti itu tidak mempunyai sokongan pengundi dan aset mereka hanyalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatan Perdana Menteri sehingga PRU-15.

“Itu belum dimasuk kira saman mahkamah yang mengancam kewujudan parti itu sendiri.

“Sebab itu saya terkejut BERSATU mahukan 50 kerusi Ahli Parlimen untuk PRU-15 yang merupakan hampir separuh daripada jumlah kerusi majoriti Melayu. Dan selepas itu menaruh harapan kepada pengundi majoriti pengundi Muafakat Nasional (MN) untuk berikan sokongan kepada calon mereka.

“Sepatutnya mereka cerminkan diri mereka sendiri dan bertindak waras dan realistik seperti parti Gagungan Parti Sarawak (GPS) yang sedang dilamar oleh Pakatan Harapan (PH) hanya sebagai pelengkap sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat kerana kekuatan sokongan akar umbi mereka. Juga, saya pasti GPS tidak akan tertipu dengan PH.

“Justeru lebih cepat BERSATU sedar dan pulih dari penyakit hilang akal ni maka cepatlah PN akan menang PRU 015 dengan majoriti yang besar ini,

“Tugas parti politik adalah untuk mendapatkan sokongan majoriti akar umbi dan menang PRU,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Nur Jazlan mengulas laporan sebuah portal berita yang mendedahkan hasrat BERSATU mahu bertanding sehingga 50 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat, ketika Putrajaya giat bersiap sedia untuk pilihan raya lebih awal tahun ini.

Hasrat itu dibincangkan dalam satu pertemuan antara pemimpin BERSATU dan PAS di Putrajaya pada 1 Jun lalu, kata beberapa sumber yang maklum mengenai pertemuan itu.

Nur Jazlan berkata, MN yang dianggotai UMNO-Pas memiliki sokongan kuat pengundi Melayu di akar umbi, sekali gus merupakan aset kepada MN.

“Saya percaya Tan Sri Muhyiddin sedar kedudukan lemah BERSATU sekarang tapi didesak oleh orang-orang kanan bekas UMNO beliau untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.

“Beliau sendiri sedar desakan kumpulan ini menimbulkan penolakan sokongan dari pemimpin BERSATU asal sebelum PRU-14.

“Kerana itu beliau terpaksa melantik golongan ini ke jawatan-jawatan kerajaan yang dipertikai kesesuaiannya dalam kalangan masyarakat umum dan menimbulkan kritikan kepada cara kepimpinan Muhyiddin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata beliau. – SM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Ratusan lagi pekerja AirAsia dijangka akan diberhentikan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang...

Bersatu jangan melampau, berpakat biar jujur – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Angka korban COVID-19 global jangkaui 1 juta

PARIS: Angka kematian global akibat pandemik COVID-19 yang mula dikesan di China kurang setahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia kini melepasi satu juta...

Tukar nama Jalan Raja Laut ke Jalan Palestin: Annuar minta DBKL beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan penjelasan berhubung keputusan pihak berkuasa tempatan itu menukar nama Jalan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks