Wednesday, July 15, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa PH kalah jika PRU dalam masa terdekat - Emir Research

PH kalah jika PRU dalam masa terdekat – Emir Research

KUALA LUMPUR: Tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal tahun ini, merosot menyebabkan usaha mengubah tampuk pentadbiran negara dilakukan.

Hasil penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas, Emir Research, mendapati kemerosotan sebanyak 15 peratus direkodkan.

Skor 0.45 terhadap kerajaan PH direkodkan atau purata seimbang berdasarkan Indeks Kepuasan Terhadap Kerajaan (GSI), berbanding skor 0.53 yang ditunjukkan dalam hasil kajian pada Disember lalu.

GSI dinilai berdasar skala 0 hingga 1.

Kepuasan minimum bermula dengan 0 sehingga 0.2, di bawah kepuasan minimum (0.2 sehingga 0.4), kepuasan purata (0.4 sehingga 0.6), melebihi kepuasan purata (0.6 sehingga 0.😎 manakala kepuasan maksimum antara 0.8 sehingga 1.

Hasil kajian untuk suku pertama 2020 itu dijalankan bermula 15 Januari hingga 24 Februari membabitkan 2,002 responden yang ditemui mewakili semua rakyat termasuk di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan momentum untuk Barisan Nasional (BN) dan PAS yang membentuk gabungan Muafakat Nasional untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 tinggi jika ia diadakan tidak lama lagi.

Berdasarkan hasil penyelidikan itu, mendapati 52 peratus responden memilih Muafakat Nasional berbanding Pakatan Harapan (PH) iaitu 30 peratus dan calon bebas, 18 peratus.

Peratusan sokongan kepada Muafakat Nasional dilihat meningkat 14 peratus berbanding hasil kajian terdahulu.

“Terdapat kenaikan satu peratus (18 peratus) di kalangan rakyat yang akan memilih Bebas berbanding 17 peratus dalam tinjauan awal – menandakan keinginan untuk kuasa ketiga mentadbir Malaysia masih relevan.

“Undian untuk PH merosot hingga 30 peratus – penurunan ketara 11 peratus dari 41 peratus yang mereka peroleh dalam tinjauan sebelumnya,” menurut hasil kajian itu.

Kajian itu bagaimanapun tidak menunjukkan sama ada kewujudan Perikatan Nasional (PN), hasil kerjasama gabungan parti dalam BN, Muafakat Nasional, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghasilkan peratusan sokongan lebih tinggi atau sebaliknya.

– BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

SUNGAI PETANI: : Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia...

BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed hairan dengan mentaliti pemimpin Parti BERSATU yang disifatkannya sebagai `hilang akal’ apabila dikatakan mahu bertanding di sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen...

Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi kencingnya

Alangkah terkejutnya seorang pakar bedah apabila mendapati salah seorang pesakitnya sebenarnya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit untuk memuaskan nafsu seks. Ini dilakukan dengan memasukkan kabel...

Ribuan penduduk Beijing jalani ujian saringan

BEIJING: : Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh dua bulan. Pasar Xinfadi di bahagian...

Recent Comments