Wednesday, July 15, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes Petronas jual limbungan Teluk Ramunia pada harga RM320 juta

Petronas jual limbungan Teluk Ramunia pada harga RM320 juta

Serba Dinamik Holdings Bhd telah membeli limbungan pemfrabikatan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Teluk Ramunia, Johor pada harga RM320 juta.

Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global itu berkata, limbungan seluas 68.78 hektar itu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja pemfrabikatan keluli platform luar pesisir dan struktur lain sehingga 50,000 tan.

“Disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas (Rapid) di Pengerang, cadangan pengambilalihan ini merupakan satu peluang bagi Kumpulan Serba Dinamik untuk menceburi segmen perkhidmatan marin dan luar pesisir di lokasi strategik,” kata pemain huluan luar pesisir itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Ir Mohd Karim Abdullah berkata syarikat itu mempunyai banyak peluang dalam mengembangkan keupayaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

“Peluang ini bukan sahaja wujud di Malaysia tetapi di seluruh rantau dan Timur Tengah. Dengan perjanjian ini serta penambahan dalaman yang lain, kami percaya bahawa kami akan dapat memperkembangkan lagi keupayaan kumpulan.

“Kemudahan ini akan membantu dalam menunaikan pelbagai usaha dalam kontrak, dan dengan itu akan mengukuhkan lagi aktiviti kumpulan di persisiran pantai serta luar pesisir termasuk meningkatkan lagi rantaian nilai kami dalam pekerjaan penyelenggaraan dan EPCC,” katanya

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

SUNGAI PETANI: : Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia...

BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed hairan dengan mentaliti pemimpin Parti BERSATU yang disifatkannya sebagai `hilang akal’ apabila dikatakan mahu bertanding di sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen...

Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi kencingnya

Alangkah terkejutnya seorang pakar bedah apabila mendapati salah seorang pesakitnya sebenarnya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit untuk memuaskan nafsu seks. Ini dilakukan dengan memasukkan kabel...

Ribuan penduduk Beijing jalani ujian saringan

BEIJING: : Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh dua bulan. Pasar Xinfadi di bahagian...

Recent Comments