Wednesday, July 15, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara NAJIB FAIL MOHON GOPAL SRI RAM TARIK DIRI

NAJIB FAIL MOHON GOPAL SRI RAM TARIK DIRI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan supaya Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menarik diri daripada mengendalikan pendakwaan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dihadapinya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan berkenaan, hari ini, dan ia disahkan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee berkata, permohonan itu turut disertakan dengan afidavit sokongan daripada Najib dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tengah hari tadi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, beliau akan memohon supaya Mahkamah Tinggi mendengar terlebih dahulu permohonan itu, Isnin depan, sebelum perbicaraan kes bersambung pada hari sama, kerana ia membabitkan integriti proses perbicaraan.

Difahamkan, alasan permohonan itu adalah berdasarkan pendedahan Mohamed Apandi dalam posting Facebook beliau pada 10 Jun lalu.

Najib, 67, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan itu, untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Kedua-duanya didakwa mengikut peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Setakat ini, tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, termasuk bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

SUNGAI PETANI: : Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia...

BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed hairan dengan mentaliti pemimpin Parti BERSATU yang disifatkannya sebagai `hilang akal’ apabila dikatakan mahu bertanding di sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen...

Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi kencingnya

Alangkah terkejutnya seorang pakar bedah apabila mendapati salah seorang pesakitnya sebenarnya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit untuk memuaskan nafsu seks. Ini dilakukan dengan memasukkan kabel...

Ribuan penduduk Beijing jalani ujian saringan

BEIJING: : Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh dua bulan. Pasar Xinfadi di bahagian...

Recent Comments