Thursday, January 28, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Warga Emas, Syed Mahmood, mengaku salah memandu dalam keadaan mabuk

Warga Emas, Syed Mahmood, mengaku salah memandu dalam keadaan mabuk

WARGA emas berusia 71 tahun didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini, selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 6 Jun lalu.

Tertuduh hadir ke mahkamah sendirian tanpa ditemani ahli keluarga.

Tertuduh, Syed Mahmood Syed Nazimuddin, 71, yang juga seorang pesara mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib oleh jurubahasa mahkamah.

Dia dituduh mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM1,000 tidak melebihi RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Perbuatan itu dilakukan jam 11.05 malam, 6 Jun lalu, selepas tertuduh yang memandu kereta jenis Mercedes ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson ketika menjalankan tugas ‘Ops Mabuk’ di Jalan Kampung Baru Si Rusa.

Ketika ditahan, ujian menunjukkan bacaan 211 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah yang mana melebihi had ditetapkan (80 mg alkohol/100 mililiter darah).

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Tertuduh kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda RM6,000.

– HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

ANGGOTA POLIS MARIN DIDAKWA DENGAN 101 TUDUHAN LAGI

IPOH: Anggota polis marin berpangkat koperal yang didakwa atas 43 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam, didakwa atas 101 lagi pertuduhan rasuah di...

BIAR SEKOLAH TENTUKAN PEMAKAIAN PPE – NUTP

KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu membuat keputusan sendiri sama ada pemakaian set pakaian pelindung diri (PPE) oleh guru perlu dilakukan pada masa ini atau...

3 GENG PECAH RUMAH HANYA ‘GEMBIRA’ SEKETIKA

  KULAI: Tindakan pantas pasukan polis negeri ini berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai melakukan jenayah pecah rumah dan samun dalam tempoh...

‘SETAHUN BERLALU…KAMI TETAP CEKAP BERJUANG LAWAN COVID-19’

PUTRAJAYA: Warga kerja di Kementerian Kesihatan (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak COVID-19 walaupun sudah setahun ia menular di negara ini. Menerusi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks