Wednesday, July 15, 2020
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak Sasaran Piala Asia lebih realistik - Hamidin

Sasaran Piala Asia lebih realistik – Hamidin

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan layak ke Piala Asia merupakan sasaran yang lebih realistik berbanding bercerita mengenai Piala Dunia.

Menurutnya, beliau mahu skuad kendalian Cheng Hoe layak terlebih dahulu ke Piala Asia 2023 yang dilihat lebih realistik dengan kemampuan pasukan buat masa ini.

Malah, kedudukan pasukan negara ketika ini dalam Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 juga belum selamat di mana Malaysia ketika ini menghuni tangga kedua dengan sembilan mata daripada lima aksi setakat ini.

“Pertama saya rasa dah tentu sebelum kita nak pergi ke Piala Dunia, kita perlu ke Piala Asia pada tahun 2023.

“Tetapi perlu diingat walaupun kita di tangga kedua di dalam kumpulan ini bukan senang nak layak. Kita berusaha ke tahap itu dulu (Piala Asia),” katanya ketika menjawab persoalan yang dilontarkan pengguna media sosial menerusi program ‘Anda Tanya, Presiden Jawab’ yang disiarkan di saluran YouTube badan induk itu, Isnin lalu.

“Kalau kita sampai pun ke tahap 12 terbaik atau 24 terbaik Asia pun, saya rasa buat ketika ini dah satu kejayaan. Memang untuk FAM, suatu hari nanti mengimpikan untuk layak ke Piala Dunia,” katanya.

Selepas ini, skuad negara dijadual berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober diikuti Vietnam (13 Oktober) di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum mengakhiri kempen kelayakan menentang Thailand 17 November di Bangkok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

SUNGAI PETANI: : Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia...

BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed hairan dengan mentaliti pemimpin Parti BERSATU yang disifatkannya sebagai `hilang akal’ apabila dikatakan mahu bertanding di sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen...

Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi kencingnya

Alangkah terkejutnya seorang pakar bedah apabila mendapati salah seorang pesakitnya sebenarnya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit untuk memuaskan nafsu seks. Ini dilakukan dengan memasukkan kabel...

Ribuan penduduk Beijing jalani ujian saringan

BEIJING: : Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh dua bulan. Pasar Xinfadi di bahagian...

Recent Comments