Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara NUTP cadang sekolah rendah dibuka seawalnya hujung September

NUTP cadang sekolah rendah dibuka seawalnya hujung September

KUALA LUMPUR: : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mencadangkan pembukaan sekolah rendah di seluruh negara dibuat seawal-awalnya pada hujung September atau Oktober.Presidennya, Aminuddin Awang berkata bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan semasa COVID-19 negara serta keputusan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bila COVID-19 sudah reda, kita harap sebelum berakhirnya bulan September atau Oktober, sekolah rendah juga dibuka bagi membolehkan para guru dan pelajar kembali ke sekolah bagi meneruskan sekolah seperti biasa,” katanya dalam temu bual khas Bernama 745 di Bernama TV, pada Rabu.

Beliau berkata walaupun sekolah tidak dibuka, guru-guru tetap bertugas menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ingin saya nyatakan bahawa guru-guru sentiasa bersedia dipanggil bertugas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memberikan ilmu kepada para pelajar.

“Ada guru yang telah membuat rakaman subjek mata pelajaran sukatan tertentu bagi membolehkan mereka memberikannya kepada pelajar setelah sekolah dibuka. Ada juga guru yang didapati menyediakan modul-modul tertentu bagi memastikan pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata NUTP yakin, guru-guru akan melipatgandakan usaha bagi memastikan ilmu yang diterima sama tarafnya walaupun sekolah ditutup selama tiga bulan.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mencadangkan penambahbaikan aspek pedagogi dan prosedur operasi standard (SOP) sistem pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah iaitu hanya empat mata pelajaran teras yang diajar manakala selebihnya diajar secara maya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan waktu persekolahan bagi sesi pagi dimulakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi petang bermula 1.00 petang hingga 5.00 petang.

“NUTP yakin dengan kepelbagaian kemudahan dan kemahiran guru sekarang ini, guru mampu untuk merealisasikan impian itu,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka mulai 24 Jun ini, melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini,...

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

  KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di...

Lebih 20,000 pendatang tanpa izin dihantar pulang tahun ini – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Sebanyak 20,297 pendatang tanpa izin yang ditahan di depot-depot imigresen di negara ini dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal Januari hingga 24...

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal...

Recent Comments