Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes Khazanah kaji suntik dana RM5 bilion bantu Malaysia Airlines

Khazanah kaji suntik dana RM5 bilion bantu Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd, sayap pelaburan kerajaan Malaysia, sedang mengkaji untuk menyuntik dana sehingga RM5 bilion kepada Malaysia Airlines Bhd.

Ia bagi membantu syarikat penerbangan nasional itu kesan penularan COVID-19 yang menyaksikan penurunan ketara tempatan perjalanan, demikian mengikut individu yang mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Malaysia Airlines akan menggunakan dana berkenaan untuk meneruskan operasinya yang sebelum ini digantung, katanya.

Jika diluluskan, suntikan tunai itu akan dilaksanakan dalam beberapa minggu akan datang, kata sumber berkenaan yang enggan dikenali susulan maklumat itu adalah sulit.

Wakil Malaysia Airlines berkata, perbincangan sedang berlangsung dengan Khazanah, yang mana sentiasa menyokong usaha dalam menangani kesan pandemik COVID-19, namun tidak tidak ada jumlah dana tertentu yang diberikan untuk syarikat penerbangan itu.

Wakil Khazanah pula enggan mengulas mengenai perkara itu.

Malaysia Airlines, yang bergelut untuk menjana semula keuntungan sejak Khazanah menjadikannya syarikat persendirian pada 2014, akan menyertai syarikat penerbangan global yang menerima bantuan atau talian hayat daripada pemegang saham masing-masing.

Kerajaan di beberapa negara secara keseluruhannya sudah bercadang menyuntik sehingga RM361.78 bilion untuk melonjak semula syarikat penerbangan masing-masing selepas wabak COVID-19 menyapu bersih permintaan perjalanan udara dan armada darat.

Syarikat penerbangan Malaysia itu berharap untuk keluar daripada belenggu perjalanan udara yang hampir kaku ekoran Covid-19, dan tentunya keadaan akan menjadi berbeza selepas ini.

Ia sudah melantik Pengerusi baharu, iaitu Tan Sri Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin yang sebelum ini ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) yang akan berkuatkuasa 1 Julai ini.

Wan Zulkiflee sebelum ini sudah menyelesaikan kesukaran kedudukan kewangan salah sebuah anak syarikat PETRONAS, yang berdepan penurunan harga komoditi yang bermula pada 2014.

Malaysia Airlines, telah membatalkan penerbangan, menangguhkan perbelanjaan tidak kritikal dan mengurangkan kos sejak bermulanya krisis.

Pada Mac, kerajaan Malaysia meneliti kemungkinan menyelamatkan syarikat penerbangan domestiknya, kata orang yang mengetahui perkara itu.

Tahun lalu, Khazanah meminta syarikat penerbangan nasional itu merangka rancangan strategik bagi meningkatkan daya saing dan memberikan pulangan yang lebih baik setelah gagal memenuhi tarikh akhir untuk dua sasaran menjana semula keuntungan.

Khazanah juga mengambil Morgan Stanley untuk meneroka pilihan strategik

untuk syarikat penerbangan. – Bloomberg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks