Tuesday, January 19, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Hati-hati membeli durian, 12 peniaga durian di Perak dikompaun menipu timbangan

Hati-hati membeli durian, 12 peniaga durian di Perak dikompaun menipu timbangan

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, semua peniaga itu dikesan melakukan kesalahan berkenaan semasa pemeriksaan khas terhadap peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Katanya, tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.

“Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.

“Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah,” katanya dalam kenyataan di Ipoh, hari ini.

Saifullizan turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh PKPP untuk mengelak daripada dimanipulasi oleh para peniaga.

Sebarang aduan boleh disalurkan antaranya menerusi bilik gerakan rakan KPDNHEP Perak di talian 05-2414611 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317.

– Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

PAU 2020 TANGGUH LAGI

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Januari ini ditangguhkan. Menurut Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri...

BERI PELUANG KEPADA ZAHID – ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berpandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut diberi peluang menamatkan tempoh perkhidmatan...

BROKER DIDAKWA PUKUL KUCING BETINA, ANAK SAMPAI MATI

BUTTERWORTH- Seorang broker mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan seekor anak kucing sehingga mati di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pada Isnin. Tertuduh,...

DEMOKRASI MALAYSIA TAK BOLEH DIKALAHKAN OLEH PANDEMIK – TOK MAT

SHAH ALAM – Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu negara memulihkan pandemik Covid-19.   Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks