Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa PM jangan bubar Parlimen, serahkan kerajaan kepada PH Plus secara terhormat kata...

PM jangan bubar Parlimen, serahkan kerajaan kepada PH Plus secara terhormat kata MP

Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus selepas gabungan itu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Menurut Koo Ham, Muhyiddin tidak harus memohon pembubaran Dewan Rakyat kerana ia dapat menjimatkan RM100 juta wang rakyat untuk pembayaran pencen kepada anggota Kabinet Perikatan Nasional.

“Ia dilaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan terdesak ini mungkin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat dan meminta diadakan pemilihan baru.

“Saya menyeru kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyerahkan dengan terhormat pemerintahan kerajaan kepada PH Plus boleh membuktikan bahawa mereka sudah mempunyai majoriti ahli Parlimen yang berpihak kepada mereka.” kata Koo Ham.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, sekiranya berlaku pembubaran Dewan Rakyat di bawah Perkara 2(2) Jadual Pertama kepada Akta Ahli Parlimen (Saraa) 1980, menteri dan timbalan menteri PN dianggap telah berkhidmat selama 36 bulan dan berhak mendapat pencen sebanyak 25 peratus daripada gaji mereka untuk seumur hidup.

Menurutnya pembubaran Parlimen menyebabkan jumlah pencen yang diterima Kabinet PN lebih tinggi berbanding jumlah pencen yang diterima Kabinet Pakatan Harapan yang hanya berkhidmat selama 22 bulan.

Dalam satu kenyataan media yang dikongsi di Facebooknya, Koo Ham percaya jumlah sokongan ahli Parlimen kepada PH Plus akan meningkat apabila dibenarkan membentuk kerajaan.

“Laporan terkini menunjukkan bahawa Pakatan Harapan dan sekutu-sekutunya (PH Plus) mungkin sudah memperoleh lebih 112 ahli Parlimen sekali lagi.

“Saya percaya bahawa jumlah itu akan meningkat sehingga kira-kira 130 ahli Parlimen apabila PH Plus dibenarkan untuk membentuk kerajaan,” kata Koo Ham.

Media hari ini melaporkan Pakatan Harapan (PH) yakin mereka akan dapat memuktamadkan keputusan untuk merampas semula Putrajaya dalam tempoh seminggu lagi.

Majlis Pimpinan PH yang bermesyuarat hari ini telah menampakkan kemajuan untuk mencapai keputusan tersebut bagi mengambil alih kerajaan kini yang diterajui Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh seminggu ini.

Kenyataan bersama kelima-lima pemimpin parti komponen PH memberitahu, perbincangan mengenainya hari ini berjalan lancar tanpa sebarang perbalahan dan perbezaan pendapat.-SM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini,...

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

  KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di...

Lebih 20,000 pendatang tanpa izin dihantar pulang tahun ini – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Sebanyak 20,297 pendatang tanpa izin yang ditahan di depot-depot imigresen di negara ini dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal Januari hingga 24...

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal...

Recent Comments