Tuesday, January 19, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Pendakwaan mohon gantung bicara kes rasuah Ku Nan sementara rayuan diputuskan

Pendakwaan mohon gantung bicara kes rasuah Ku Nan sementara rayuan diputuskan

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazihah Asmuni hari ini.

Lailawati berkata pihak pendakwaan memfailkan permohonan penggantungan perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada 6 Mei lepas, sementara rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Tengku Adnan supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes berkenaan, selesai.

“Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk sebutan bagi permohonan penggantungan perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin,” katanya.

Katanya, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 14 Feb lepas dan pendengaran ditetapkan pada 17 Julai ini.

Pada 12 Feb lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Tengku Adnan agar Hakim Mohd Nazlan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapinya.

Mahkamah itu juga memutuskan supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah lain dan hakim baharu akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan kes itu atau meneruskan perbicaraan daripada Hakim Mohd Nazlan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan telah bermula pada 20 Sep lepas dengan dua saksi pendakwaan telah memberi keterangan dan kini kes itu dipindah ke hadapan Hakim Muhammad Jamil.

Tengku Adnan, 69, merayu terhadap keputusan Hakim Mohd Nazlan pada 20 Sept tahun lepas yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Putrajaya itu membuat permohonan itu atas alasan Hakim Mohd Nazlan telah membaca dan mempertimbangkan fakta kes ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon yang membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Tengku Adnan yang menerima suapan RM1 juta daripadanya (Tan) dan didenda RM1.5 juta.

Pada 15 Nov 2018, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada Tan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Tengku Adnan).

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, di sini diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Dis 2013.

Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menerima RM1 juta daripada Tan tanpa sebarang balasan melalui cek Public Bank bernombor 300109 ke dalam akaun tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

PAU 2020 TANGGUH LAGI

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Januari ini ditangguhkan. Menurut Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri...

BERI PELUANG KEPADA ZAHID – ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berpandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut diberi peluang menamatkan tempoh perkhidmatan...

BROKER DIDAKWA PUKUL KUCING BETINA, ANAK SAMPAI MATI

BUTTERWORTH- Seorang broker mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan seekor anak kucing sehingga mati di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pada Isnin. Tertuduh,...

DEMOKRASI MALAYSIA TAK BOLEH DIKALAHKAN OLEH PANDEMIK – TOK MAT

SHAH ALAM – Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu negara memulihkan pandemik Covid-19.   Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks