Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Beg tangan berjenama terkait skandal 1MDB 'musnah', kata peguam

Beg tangan berjenama terkait skandal 1MDB ‘musnah’, kata peguam

Mahkamah Tinggi hari ini (10 Jun) diberitahu bahawa beg tangan berjenama bernilai jutaan ringgit yang disita oleh polis kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) musnah akibat kecuaian semasa mengendalikan barang-barang berkenaan.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata mereka mendapat tahu mengenai keadaan beg tangan itu semasa memeriksa barang-barang berkenaan yang disimpan dalam peti simpanan di Bank Negara Malaysia (BNM).

Pemeriksaan dibuat oleh Najib, isterinya Cik Rosmah Mansor dan anak perempuan mereka Nooryana Najwa pada 22 Feb lalu dalam satu lagi permohonan pemeriksaan di hadapan seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi.

“Tiap satu beg tangan yang dikatakan mahal itu langsung tidak dipedulikan, ia dimusnahkan oleh polis kerana mereka menulis terus di atas beg-beg berkenaan dengan “magic pen” dan bukannya di atas kertas.

“Beg-beg ini bernilai jutaan ringgit dan begitu cara mereka mengendalikannya,” katanya di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.

Beliau berkata demikian semasa berhujah dalam permohonan Najib untuk memeriksa secara fizikal beg-beg tangan berjenama, barang kemas dan barang-barang berharga lain yang disita polis pada 2018.

Beliau juga berkata anak guamnya tiada bersama semasa barang itu disita, sebaliknya pengurus bangunan (tempat barang-barang itu disimpan), yang dipanggil untuk berada di sana.

“Dokumentasi eksibit (barang yang disita) juga tidak dibuat dengan teratur… dengan itu permohonan kami untuk membuat pemeriksaan adalah memang amat patut, untuk melihat sendiri eksibit itu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata pihak pendakwaan membantah permohonan Najib untuk memeriksa barang-barang itu atas alasan keselamatan kerana barang yang disita itu bernilai lebih RM680 juta (S$221 juta).

Beliau mengatakan bahawa ia merupakan dakwaan serius untuk mengatakan bahawa barang-barang itu musnah kerana barang-barang itu disimpan dalam peti besi BNM yang hanya boleh diakses oleh pihak yang yang diberi kuasa sahaja.

Hakim Muhammad Jamil kemudiannya membenarkan permohonan Najib selepas memutuskan bahawa diabeliau mempunyai hak untuk memeriksa barang-barang berkenaan bagi membolehkannya menyediakan pembelaan dalam permohonan lucut hak.

“Soal berhubung keselamatan dan kuantiti besar barang itu bukan satu isu. Saya juga membenarkan pemohonan (Najib) untuk diiringi oleh dua peguam cara dalam melaksanakan pemeriksaan di bawah penyeliaan responden (pendakwaan),” katanya.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan lucut hak harta aset yang disita dari premis yang dimiliki oleh Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal dana 1MDB mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Najib merupakan pihak ketiga dalam permohonan lucut hak itu.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu Holdings, ia menyatakan bahawa antara aset-aset itu adalah 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 barang hiasan jam tangan, 234 pasang kaca mata, 306 beg tangan dan wang tunai bernilai RM114,164,393.44 (S$37,171,984.96) dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar daripada barang mewah yang disita oleh polis dilaporkan daripada apartmen yang dimiliki Obyu Holdings.

Selain itu satu hartanah di Kuala Lumpur turut dirampas pada 1 Nov 2018.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini,...

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

  KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di...

Lebih 20,000 pendatang tanpa izin dihantar pulang tahun ini – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Sebanyak 20,297 pendatang tanpa izin yang ditahan di depot-depot imigresen di negara ini dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal Januari hingga 24...

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal...

Recent Comments