Friday, September 25, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara APMM kesan sebuah lagi bot Rohingya siap sedia untuk masuk ke Malaysia

APMM kesan sebuah lagi bot Rohingya siap sedia untuk masuk ke Malaysia

SEBUAH lagi kapal yang membawa kira-kira 300 pelarian Rohingya dikesan berselindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand selepas gagal memasuki perairan negara ini.

Difahamkan, kapal yang dikendalikan sindiket membawa masuk pendatang terbabit sudah berada di perairan Thailand sejak empat bulan lalu selepas bertolak dari Cox Bazar, Bangladesh pada Februari lalu.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal berkenaan sudah puluhan kali cuba untuk masuk ke perairan negara, namun gagal kerana dikesan penguat kuasa APMM.

“Kini mereka didapati berselindung di belakang Pulau Koh Adang dan dipercayai sedang menyusun strategi untuk masuk semula ke perairan negara.

“Sebanyak dua kapal yang membawa pelarian ini bergerak pada Februari lalu, namun salah satu kapal mengalami masalah enjin dan bocor di perairan Malaysia semalam (kelmarin),” katanya ketika memetik laporan Harian Metro, semalam.

Mohd Zubil berkata, sindiket dari Myanmar akan berhubung dengan sindiket di Thailand untuk membekalkan makanan dan minyak untuk kapal berkenaan.

“Memang tidak ada kapal yang mampu bertahan selama empat bulan di laut kecuali dibekalkan dengan semua keperluan termasuk makanan, minyak dan keperluan lain.

“Ejen ini didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan sindiket di Thailand dan Myanmar,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya percaya sindiket terbabit dalam memperdagangkan orang dan kos membawa masuk semua pelarian berkenaan di tanggung oleh ejen.

“Ejen akan menanggung kos sebelum semua pelarian ini mendapat pekerjaan dan akan mengambil wang hasil pekerjaan mereka sebagai timbal balas.

“Pemantauan, rondaan dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas masuk ke perairan negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sokongan PM: PAS Mohon Penjelasan UMNO, Sekiranya Benar Ia Bertujuan Menjatuhkan Kerajaan PN

Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan berkata PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap YAB Perdana Menteri. Menurutnya,...

Ahli Parlimen UMNO nafi bersama Anwar bentuk kerajaan baharu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 nama Ahli Parlimen dari UMNO yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu, tampil seorang demi...

Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin, Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut, Kata Nazri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi...

Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat kini koma tetapi stabil – Polis

BUKIT MERTAJAM: Polis memaklumkan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, mangsa keracunan karbon monoksida sewaktu tertidur di dalam sebuah kereta ketika berhenti di kawasan parkir...

Recent Comments