Wednesday, July 15, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Negeri perlu dibenarkan ada SOP sendiri untuk cegah Covid-19 - Ramasa

Negeri perlu dibenarkan ada SOP sendiri untuk cegah Covid-19 – Ramasa

Timbalan ketua menteri Pulau Pinang (II), P Ramasamy meminta kerajaan persekutuan membenarkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan merancang prosedur operasi standard (SOP) sendiri untuk menghalang wabak Covid-19.

“Kerajaan pusat atau persekutuan tidak boleh memaksa polisi ke atas kerajaan negeri dan kerajaan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ia bagi memastikan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dapat bertindak lebih efektif dalam meratakan lengkungan penularan wabak Covid-19.

“Membendung penyebaran pandemik Covid-19 mestilah diamalkan secara hubungan yang demokratik, rundingan dan perbincangan antara berbagai tahap pentadbiran.

“Tidak seperti keadaan lain yang memerlukan pendekatan atas ke bawah, meratakan lengkungan Covid adalah berbeza,” katanya.

Beliau berkata meskipun kerajaan persekutuan boleh mengeluarkan garis panduan, namun ia mesti dilaksanakan secara rundingan dan melalui perkongsian maklumat.

“(Untuk) kerajaan negeri dan kerajaan tempatan efektif (mereka) harus mengeluarkan SOP mereka sendiri untuk membendung penyebaran virus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Ramasamy berkata adalah “tidak matang” apabila menteri kanan, Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan negeri mematuhi peraturan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang ditetapkan kerajaan persekutuan dan akan berkuat kuasa pada 10 Jun.

“Ini kekanak-kanakan atau tidak matang kerana kerajaan Pulau Pinang tidak menolak untuk mematuhi PKP pemulihan tetapi hanya menyatakan bahawa pelaksanaan PKPP akan dibantu dengan penyediaan SOP baru,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan Ismail yang meminta kerajaan Pulau Pinang dan negeri-negeri lain mengikut peraturan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi PKPP.

Ini sebagai respons terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengatakan kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat majlis keselamatan negeri untuk mengkaji keputusan pelaksanaan PKPP.

“Negeri tak boleh buat peraturan lain kerana mana-mana akta peraturan negeri yang bertentangan dengan federal akan terbatal dengan sendiri, jadi tak ada pilihan. Negeri perlu akur dengan Akta PKPP ini,” katanya.

Sebagai rekod, Chow dalam kenyataan lain pada hari yang sama (7 Jun), mengatakan kerajaan negeri akan melaksanakan PKPP dan strategi itu sejajar dengan usaha mencapai keseimbangan antara kesihatan orang ramai dan mata pencarian mereka.

– malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

SUNGAI PETANI: : Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia...

BERSATU “hilang akalkah” mahu tanding 50 kerusi Melayu? – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed hairan dengan mentaliti pemimpin Parti BERSATU yang disifatkannya sebagai `hilang akal’ apabila dikatakan mahu bertanding di sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen...

Lelaki di India jalani pembedahan keluarkan wayar pengecas telefon bimbit dari pundi kencingnya

Alangkah terkejutnya seorang pakar bedah apabila mendapati salah seorang pesakitnya sebenarnya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit untuk memuaskan nafsu seks. Ini dilakukan dengan memasukkan kabel...

Ribuan penduduk Beijing jalani ujian saringan

BEIJING: : Ribuan penduduk di Beijing berbaris bagi melakukan ujian saringan selepas China melaporkan peningkatan kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh dua bulan. Pasar Xinfadi di bahagian...

Recent Comments