Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa BIG DATA: Maklumat boleh diputar sehingga yang buruk menjadi baik dan sebaliknya...

BIG DATA: Maklumat boleh diputar sehingga yang buruk menjadi baik dan sebaliknya – Tun Dr Mahathir

Di zaman informasi ini maklumat boleh diputar sehingga yang buruk menjadi baik dan sebaliknya. Kebanyakan kita belum faham kegunaan big data – atau maklumat yang amat luas dan terperinci. Tetapi sudah ada perusahaan besar dalam bidang ini. Di antaranya ialah Cambridge Analytica yang memberi khidmat analisa maklumat untuk tujuan tertentu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata melalui pengumpulan data yang menyeluruh berkenaan individu dalam sesuatu masyarakat, maka pihak pakar analisa boleh kenal pasti sifat berkenaan apa yang disukai dan tidak disukai oleh individu berkenaan dan seterusnya oleh masyarakat. Dengan pengetahuan ini cara mempengaruhi fikiran majoriti anggota boleh ditentukan.

Katanya, maklumat ini berguna umpamanya untuk mempromosi barang jualan oleh pengusaha dan peniaga. Demikianlah jayanya proses ini sehingga pelanggan membeli sesuatu yang tidak dikehendaki olehnya, semata-mata kerana dipengaruhi oleh iklan yang faham sifat pembeli.

“Big data ini juga berguna dalam bidang politik. Analisa big data oleh pakar akan kenal pasti apa yang boleh menguasai pemikiran pengundi umpamanya. Dengan pengetahuan ini maka kempen boleh diadakan supaya pengundi terpikat dan menyokong.

“Di masa lampau ini kita sering lihat calon yang buruk mendapat sokongan dan kemenangan. Kempen yang diasaskan kepada kajian big data boleh menjadikan seorang penyangak dimuliakan dan disokong. Orang ramai boleh lupakan keburukan seseorang dan menjadinya hero yang didewa-dewakan,” katanya dalam menerusi tulisan terbarunya di chedet.cc sebentar tadi.

Beliau berkata, orang Melayu dahulu bercakap dengan “pukau”. Apabila kita dapati seseorang itu melakukan sesuatu yang bukan normal tanpa segan silu kerana terpengaruh oleh kuasa yang tidak dikenali, maka kita anggap ia telah kena pukau.

Katanya, di zaman ini “pukau” dilakukan dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan sehingga mereka melaku perbuatan yang luar biasa.

“Pukau moden ini berasas kepada sains dan psikologi. Maklumat terperinci dan menyeluruh (big data) berkenaan seseorang atau sesuatu kumpulan boleh didapati dari segala kegemaran memakan, membeli-belah, jenis hiburan, sukan, pelancongan dan lain-lain.

“Data yang didapati boleh dianalisa dengan komputer dan peribadi ditentukan. Dari data ini, strategi boleh dibentuk untuk mencapai matlamat,” katanya.

Beliau berkata kos oleh pakar analisa tetap tinggi. Hanya mereka yang kaya raya sahaja yang boleh upah.

“Tetapi bagi mereka yang berkepentingan dan berduit, mendapat khidmat pakar analisa big data tetap berbaloi. Fikirkanlah melalui cara ini pencuri boleh jadi hero yang didewa-dewakan,” katanya. VOICE

– chedet.cc

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks