Friday, September 25, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Pejabat menteri KDN nafi Papagomo dilantik pegawai khas menteri

Pejabat menteri KDN nafi Papagomo dilantik pegawai khas menteri

Pejabat Menteri Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa seorang pemimpin Pemuda Umno dilantik sebagai pegawai khas kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikatakan dilantik bagi jawatan itu.

“Pihak pejabat menteri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil menyebarkan berita palsu tersebut,” kata Setiausaha Politik Hamzah, Sayyed Amir Muzakkir Al Sayed Mohamad dalam satu kenyataan.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo, bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan perkara itu.

Carian di laman web Kementerian Dalam Negeri awal minggu ini juga tidak mendapati pemimpin Pemuda Umno berkenaan berada dalam senarai direktori kementerian.

Sambil menyelar penyebaran berita palsu tersebut, Sayed Amir berkata KDN akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, terutamanya dalam menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Sebelum ini beberapa siri pelantikan politik dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak mengambil alih kuasa pada Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sokongan PM: PAS Mohon Penjelasan UMNO, Sekiranya Benar Ia Bertujuan Menjatuhkan Kerajaan PN

Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan berkata PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap YAB Perdana Menteri. Menurutnya,...

Ahli Parlimen UMNO nafi bersama Anwar bentuk kerajaan baharu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 nama Ahli Parlimen dari UMNO yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu, tampil seorang demi...

Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin, Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut, Kata Nazri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi...

Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat kini koma tetapi stabil – Polis

BUKIT MERTAJAM: Polis memaklumkan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, mangsa keracunan karbon monoksida sewaktu tertidur di dalam sebuah kereta ketika berhenti di kawasan parkir...

Recent Comments