Friday, September 25, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Laporan: SPRM rampas RM600,000 dari rumah dua ahli Armada

Laporan: SPRM rampas RM600,000 dari rumah dua ahli Armada

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada).

Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik sebagai berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” katanya.

Laporan itu menambah SPRM juga merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai telah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.

Pemuda Bersatu yang menyokong bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa SPRM melakukan ugutan terhadap mereka yang menetang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM menolak dakwaan bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik dan menegaskan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.

Mahathir, yang disokong Syed Saddiq terlibat dalam perebutan kuasa dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menguasai Bersatu dan kerajaan.

– malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Sokongan PM: PAS Mohon Penjelasan UMNO, Sekiranya Benar Ia Bertujuan Menjatuhkan Kerajaan PN

Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan berkata PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap YAB Perdana Menteri. Menurutnya,...

Ahli Parlimen UMNO nafi bersama Anwar bentuk kerajaan baharu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 nama Ahli Parlimen dari UMNO yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu, tampil seorang demi...

Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyiddin, Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut, Kata Nazri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi...

Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat kini koma tetapi stabil – Polis

BUKIT MERTAJAM: Polis memaklumkan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, mangsa keracunan karbon monoksida sewaktu tertidur di dalam sebuah kereta ketika berhenti di kawasan parkir...

Recent Comments