Thursday, January 28, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara CEO Petronas letak jawatan?

CEO Petronas letak jawatan?

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilaporkan meletak jawatan dan bakal diganti dengan seorang profesional, menurut sumber.
Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, tarikh akhir Wan Zulkiflee berkhidmat belum diputuskan. Semakan Astro AWANI di laman sesawang Petronas mendapati Wan Zulkiflee masih memegang jawatan itu.
Wan Zulkiflee menyertai Petronas pada 1983 sebagai Jurutera Proses dan tahun ini merupakan tahun ke-37 beliau bersama Petronas.Kontrak Wan Zulkiflee bersama Petronas diperbaharui pada 1 April 2018 untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga April 2021.
Justeru perletakan jawatan beliau menjadikannya CEO yang meninggalkan jawatan itu sebelum tamat tempoh.
Beliau mula memegang jawatan Presiden dan CEO pada 1 April 2015. Sepanjang lebih tiga dekad, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Berhad pada 2003 hingga 2007 dan Naib Presiden Perniagaan Gas dari 2006 hingga 2010.
Pada 2012 beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi PETRONAS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

ANGGOTA POLIS MARIN DIDAKWA DENGAN 101 TUDUHAN LAGI

IPOH: Anggota polis marin berpangkat koperal yang didakwa atas 43 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam, didakwa atas 101 lagi pertuduhan rasuah di...

BIAR SEKOLAH TENTUKAN PEMAKAIAN PPE – NUTP

KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu membuat keputusan sendiri sama ada pemakaian set pakaian pelindung diri (PPE) oleh guru perlu dilakukan pada masa ini atau...

3 GENG PECAH RUMAH HANYA ‘GEMBIRA’ SEKETIKA

  KULAI: Tindakan pantas pasukan polis negeri ini berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai melakukan jenayah pecah rumah dan samun dalam tempoh...

‘SETAHUN BERLALU…KAMI TETAP CEKAP BERJUANG LAWAN COVID-19’

PUTRAJAYA: Warga kerja di Kementerian Kesihatan (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak COVID-19 walaupun sudah setahun ia menular di negara ini. Menerusi...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks