Wednesday, August 5, 2020
No menu items!
Home Kerohanian Agama 46 masjid di Singapura lanjut waktu operasi bermula 8 Jun; buka pintu...

46 masjid di Singapura lanjut waktu operasi bermula 8 Jun; buka pintu kepada 5 solat fardu

SINGAPURA: Bermula Isnin depan (8 Jun), 46 masjid di Singapura akan melanjutkan waktu operasi bagi membolehkan kelima-lima waktu solat dapat dikerjakan dalam pekarangannya.
Sebelum ini, masjid-masjid hanya dibuka dari jam 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang sahaja. Jadi, ia tidak dibuka bagi solat subuh, maghrib dan isyak.
Namun, bermula minggu depan, 46 masjid akan membuka pintunya dari 5.30 pagi hingga 7.00 pagi dan 1.00 tengah hari hingga 9.00 malam.
Ini bermakna, 46 masjid ini akan dibuka bagi kelima-lima waktu solat dalam sehari.
“Fasa 1A disambut baik oleh masyarakat, yang mematuhi langkah-langkah jarak selamat, membawa peralatan solat masing-masing, memakai pelitup dan mengikut bimbingan para pegawai masjid,” menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan sebentar tadi (5 Jun).
Lanjutan pada waktu operasi bermula minggu depan dijalankan di bawah Fasa 1B.
MASJID LAIN LANJUTKAN WAKTU OPERASI JIKA ADA PERMINTAAN
Sementara itu, masjid-masjid lain hanya akan melanjutkan waktu operasinya jika ada permintaan dari para jemaah, menurut MUIS.
Masjid-masjid yang tidak dikunjungi ramai jemaah tidak akan dibuka pada waktu subuh, dan akan hanya dibuka dari jam 1.00 tengah hari dan ditutup pada 9.00 malam.
Ada juga masjid yang akan ditutup lebih awal kerana tidak terletak di kawasan perumahan, yang mana “tiada permintaan untuk mengerjakan solat pada waktu malam”.
Kesemuanya, 67 masjid sudah dibuka semula di Singapura. Hanya empat masjid masih ditutup, iaitu Masjid Abdul Gafoor, Masjid Ba’alwie, Masjid Bencoolen dan Masjid Burhani.
Solat berjemaah pula tetap tidak akan diadakan – termasuk solat Jumaat.
Ini selaras dengan garis panduan negara bagi tempat-tempat beribadat.
LANGKAH BERJAGA-JAGA DITERUSKAN
Jumlah individu dibenarkan masuk pada satu-satu masa ke dalam masjid masih dihadkan di bawah Fasa 1B. Zon solat bagi keluarga juga masih disediakan.
Bagi pihak masjid, langkah berjaga-jaga juga akan terus dilaksanakan.
“Ini termasuk kerap membasmi kuman di ruang-ruang awam, melakukan pemeriksaan fizikal, suhu badan dan memastikan semua jemaah yang menziarahi masjid mendaftarkan butiran mereka menggunakan sistem SafeEntry,” menurut MUIS.
Ia turut menggesa para jemaah supaya terus mematuhi semua langkah yang dilaksanakan demi mengurangkan kemungkinan berlaku penularan COVID-19 di masjid-masjid.
“Kami merayu kepada masyarakat Muslim supaya memahami demi menjaga kesihatan awam sedang kita memenuhi tuntutan agama dan tanggungjawab sosial ketika dalam masjid kita.”
SENARAI 46 MASJID YANG LANJUT WAKTU OPERASI
Ini 46 masjid yang melanjutkan waktu operasinya bagi membolehkan kelima-lima waktu solat dapat dikerjakan dalam pekarangannya:
1. Masjid Al-Amin
2. Masjid Jamae Chulia
3. Masjid Jamek Queenstown
4. Masjid Mujahidin
5. Masjid Tasek Utara
6. Masjid Temenggong Daeng Ibrahim
7. Masjid Ahmad
8. Masjid Al-Huda
9. Masjid Al-Iman
10. Masjid Al-Khair
11. Masjid Al-Mukminin
12. Masjid Ar-Raudhah
13. Masjid Assyakirin
14. Masjid Darussalam
15. Masjid Hang Jebat
16. Masjid Hasanah
17. Masjid Maarof
18. Masjid Pusara Aman
19. Masjid Tentera DiRaja
20. Masjid Pulau Bukom
21. Masjid Abdul Aleem Siddique
22. Masjid Al-Ansar
23. Masjid Al-Islah
24. Masjid Al-Istighfar
25. Masjid Alkaff Kg Melayu
26. Masjid Al-Mawaddah
27. Masjid Al-Taqua
28. Masjid Darul Aman
29. Masjid Darul Ghufran
30. Masjid Hj Mohd Salleh (Geylang)
31. Masjid Kampong Siglap
32. Masjid Kassim
33. Masjid Khadijah
34. Masjid Khalid
35. Masjid Mydin
36. Masjid Wak Tanjong
37. Masjid An-Nur
38. Masjid Ahmad Ibrahim
39. Masjid Al-Istiqamah
40. Masjid Al-Muttaqin
41. Masjid An-Nahdhah
42. Masjid Assyafaah
43. Masjid Darul Makmur
44. Masjid En-Naeem
45. Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
46. Masjid Yusof Ishak
– BERITAmediacorp/aq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: : UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini,...

UMNO harus ‘move on’, jangan nafikan mesej saya – Khairy Jamaluddin

  KUALA LUMPUR: : Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di...

Lebih 20,000 pendatang tanpa izin dihantar pulang tahun ini – Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Sebanyak 20,297 pendatang tanpa izin yang ditahan di depot-depot imigresen di negara ini dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal Januari hingga 24...

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal...

Recent Comments